Pada 17 Februari 2024, Kelab Pembangunan & Pengurusan Aset, PPPA UPM telah menganjurkan Kejohanan Badminton Antara Gabungan PPPA bertempat di Dewan Serbaguna Akedemi Sukan UPM. Kejohanan ini telah disertai oleh keseluruhan kakitangan PPPA. Aktiviti ini diadakan sempena aktiviti bulanan kelab PPPA. Aktiviti dimulakan seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 4 petang. Tempat pertama keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan dari Gabungan 3, tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan dari Gabungan 2, manakala tempat ketiga, telah dimenangi oleh kumpulan dari Gabungan 1. Kategori pertandingan ialah Beregu lelaki, Beregu Perempuan, serta Beregu Campuran.