Visitor From QS UMS To UPM | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Visitor from QS UMS to UPM

Visitor from QS UMS to UPM


Oleh : Nurul Munirah Abdul Hamid

ISNIN
4 April 2016, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), UPM telah menerima pelawat dari Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Universiti Malaysia Sabah yang terdiri daripada dua orang iaitu Puan Hanyati @ Norhayati Binti Mutih (Timbalan Ketua Juruukur Bahan) dan Puan Elis Mardzianah Datuk Hj. Mazlan. 

Matlamat utama lawatan kerja berkenaan adalah untuk perkongsian ilmu berkenaan Penyediaan Laporan Penilaian Tender/Sebutharga, Penyediaan Dokumen Tender/Sebutharga, Penyediaan Dokumen SetujuTerima dan Surat Perwakilan Kuasa P.P, Penyediaan Anggaran Kos, Pengendalian Jawatankuasa  VO&EOT, Kaedah Pemantauan Projek Sakit, Klausa LAD & EOT dan Pelantikan Kontraktor Panel untuk Kerja Kejuruteraan Awam dan Struktur yang dilaksanakan oleh UPM.

Lawatan berkenaan diadakan selama 2 hari yang bertempat di Bilik Mesyuarat Teknikal, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM. 

Slot pengkongsian ilmu berkenaan berakhir dengan penyampaian cenderamata dari UPM kepada UMS, dan penyampaian cendemata balas dari UMS kepada UPM.



Date of Input: | Updated: | nm_munirah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXFCKAz~