Majlis Pelancaran Dan Gotong-Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Siri 1, Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Aset (PPPA) | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Majlis Pelancaran dan Gotong-Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Siri 1, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA)

Majlis Pelancaran dan Gotong-Royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Siri 1, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA)

Oleh: Nurul Munirah Abdul Hamid

SERDANG, 27 September – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Pelancaran dan Gotong-royong Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)- Siri 1 bertempat di perkarangan Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM. Majlis Pelancaran dan Gotong-royong EKSA –
Siri 1 ini melibatkan semua staf PPPA.

Majlis Pelancaran ini diadakan sebagai simbolik permulaan kepada komitmen PPPA dalam melaksanakan program
EKSA. Majlis dimulakan dengan pendaftaran oleh staf PPPA, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Khairy Mohd Dan dan aluan daripada En. Mohd Zamanu Al-Mohtadi Ekhwan selaku Fasilitator/Pengerusi EKSA PPPA. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dan gimik perasmian oleh Pengarah Pembangunan, Prof. Madya Ar. Meor Mohammad Fared Meor Razali.

Pelaksanaan program EKSA ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi, mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran serta meningkatkan imej korporat agensi sektor awam.

Bagi memastikan pelaksanaan program EKSA di PPPA berjalan dengan baik, pelaksanaan zon mengikut kawasan tempat bekerja dibahagikan kepada tiga (3) wilayah iaitu Wilayah Produktif (Aras Atas), Wilayah Inovatif (Aras Bawah) dan Wilayah Kreatif (Seksyen Landskap). Penyerahan banting program EKSA dilakukan oleh Pengarah Pembangunan kepada Ketua Wilayah Produktif iaitu Tn. Hj. Ismail Mat, Ketua Wilayah Inovatif iaitu En. Muhammad Hafiz Bakar dan Ketua Wilayah Kreatif iaitu Tn. Hj. Ahmad Affendi Md Yusop.

Aktiviti gotong-royong dilaksanakan oleh semua staf PPPA selepas Majlis Pelancaran EKSA dan gotong-royong (Siri 1) ini dimulakan dengan aktiviti mengemas kawasan kerja individu sahaja dahulu.

 

Date of Input: 29/09/2017 | Updated: 05/10/2017 | nm_munirah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEbBAP~