Lets Cycle | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Lets Cycle

Lets Cycle

Oleh: Noraini Sulaiman

SERDANG, 20 Ogos 2017 – Kelab Kebajikan dan Sosial, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah melaksanakan program berbasikal bersama staf pada 18 Ogos lalu yang melibatkan laluan di sekitar kampus sejauh lebih kurang 4 km yang menggunakan kemudahan prasarana laluan basikal yang disediakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Program berbasikal ini telah diketuai oleh En. Asriduan Ramli iaitu Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sosial PPPA.

Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk membina dan memupuk semangat kerjasama berpasukan di samping menyahut cabaran Menteri Belia dan Sukan, YAB Khairy Jamaluddin dengan mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan warga staf PPPA.

Program yang bermula di Fakulti Sains  pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang di lokasi yg sama ini dan telah berjaya menarik  minat penyertaan seramai 20 orang  staf.  Dengan sambutan yang menggalakan dari kalangan warga staf, Kelab Kebajikan dan Sosial PPPA telah berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai satu aktiviti bulanan kelab.

Date of Input: 05/10/2017 | Updated: 05/10/2017 | rahmatmy

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEaSAl~