KSU Kementerian Pendidikan Tinggi Pengerusikan Mesyuarat JTPK Di UPM | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » KSU Kementerian Pendidikan Tinggi Pengerusikan Mesyuarat JTPK di UPM

KSU Kementerian Pendidikan Tinggi Pengerusikan Mesyuarat JTPK di UPM

Oleh:YatimuleaRamli
 
Serdang , 5 Jun 2017 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Tan Sri Dr. Noorul Ainur binti Mohd. Nur mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bil 5/2017 bertempat di Dewan Taklimat UPM.
 
 
 
 

Mesyuarat dihadiri oleh 120 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Universiti Awam serta wakil dari beberapa buah kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Naib Canselor UPM,Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris,Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ), YBhg. Dato’ Kamel Bin Mohamad. 

UPM turut memperkenalkan MYCOMS, yang mana ianya adalah insiatif pihak UPM untuk terus menyokong dan memperkukuhkan aspirasi kampus hijau dengan mengurangkan pelepasan karbon di kampus dan menyediakan pengakutan mesra alam. Ketua Setiausaha KPT turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba Kereta Elektrik (MYCOMS)tersebut.

 

Date of Input: 10/10/2017 | Updated: 10/10/2017 | nm_munirah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEeIAc~