ISU DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN | PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
» ARTIKEL » ISU DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

ISU DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN

Sumber: Unit Perancang Ekonomi

Isu Atau Kelemahan Dalam Pengurusan Projek Pembinaan

Pengurusan projek ditakrifkan sebagai perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan, dalam lingkungan kos dan juga kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan. Isu atau kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan telah dikenalpasti di setiap peringkat pengurusan projek. Isu atau kelemahan tersebut adalah seperti tersebut:

a) Peringkat Perancangan

  • Pemilihan tapak yang kurang sesuai
  • Pengambilan balik tanah belum selesai
  • Keperluan pelanggan tidak jelas/tidak lengkap
  • Peruntukan terhad

b) Peringkat Reka Bentuk 

  • Reka bentuk yang tidak sesuai/ tidak praktik/ tidak memenuhi keperluan pengguna/ tidak lengkap
  • Kurang maklumat/ maklumat tidak jelas
  • Masalah Koordinasi
  • Kesilapan perekabentuk/terlepas pandang
  • Kelewatan penyediaan rekabentuk

c) Peringkat Perolehan 

  • Kelewatan melantik perunding/kontraktor
  • Kontraktor tidak berkeupayaan
  • Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan projek yang kompleks

d) Peringkat Pembinaan 

  • Masalah tapak
  • Lambat mendapat kelulusan daripada PBT
  • Masalah koordinasi
  • Kontraktor lewat menerima lukisan
  • Pelanggan lambat memberi pengesahan
  • Banyak kerja tambahan
  • Lanjutan masa (EOT) terlalu lama
  • Pertindihan skop kerja kontraktor
  • Penyelia tapak tidak kompeten
  • Penyeliaan tapak tidak rapi
  • Kerja pembinaan tidak ikut spesifikasi/lukisan
  • Tiada rekod kawalan kualiti
  • Kurang pemantauan terhadap perunding/kontraktor
  • Kenaikan harga barang binaan (seperti besi dan keluli) diluar kawalan
  • Kontraktor bermasalah
  • Projek dimansuhkan

   

e) Peringkat Penyiapan dan Penyerahan 

  • Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/ banyak kecacatan dan kerosakan
  • Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang belum siap
  • Ujian dan pentauliahan belum selesai
  • Kemudahan/peralatan tidak dapat digunakan
  • Bangunan /kemudahan tidak dapat beroperasi dengan berkesan
  • Pelanggan enggan berpindah
  • Bangunan telah diserahkan tetapi tidak boleh diduduki
  • Tiada kawalan keselamatan
  • Bangunan diduduki walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum diperolehi

f) Peringkat Pembaikan Kecacatan/ Kerosakan dan Penyelenggaraan 

  • Kurang pemantauan/penyeliaan
  • Tiada penyenggaraan
  • Kecacatan/kerosakan:
    • Lambat dibaiki
    • Dibiarkan tanpa apa-apa tindakan
    • Tidak dibaiki walaupun Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat
    • Yang sama berulang
    • Tidak dilaporkan
    • Serius selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan

g) Peringkat Pentadbiran Kontrak 

  • Kontrak lewat ditandatangani
  • Bon pelaksanaan dan insurans lewat dikemukakan/tidak dilanjutkan selaras dengan lanjutan masa
  • Perubahan kerja dilaksanakan sebelum kelulusan diberi
  • Lanjutan masa lewat dikeluarkan/ sebab –sebab tidak mengikut syarat kontrak
  • Sijil Siap Kerja lewat dikeluarkan/ tarikh di backdate
  • Bayaran kemajuan tidak ikut jadual
  • Denda lewat tidak dikenakan
  • Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan setelah kerja diperakukan siap
  • Perakuan Muktamad lewat dikeluarkan
  • Isu atau masalah ini telah menyebabkan pembinaan lewat disiapkan, pembinaan tidak berkualiti dan kos pembinaan bertambah. Ini memberi kesan kepada pengguna, menjejaskan imej negara dan juga mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

 

Tarikh Input: 11/10/2017 | Kemaskini: 07/11/2017 | wannoorshidah

PERKONGSIAN MEDIA

PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEcIAc~