TAKLIMAT KE ARAH MENJADI PROFESSIONAL ENGINEER DAN CHARTERED ENGINEER | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » TAKLIMAT KE ARAH MENJADI PROFESSIONAL ENGINEER DAN CHARTERED ENGINEER

TAKLIMAT KE ARAH MENJADI PROFESSIONAL ENGINEER DAN CHARTERED ENGINEER

SERDANG, 8 Oktober 2018 – Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan satu taklimat “Ke Arah Menjadi Professional Engineer dan Chartered Engineer” pada 7 September 2018 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, (PPPA) UPM.

Taklimat ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan. Beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi di Cawangan Teknikal Pendidikan Kejuruteraan  di Institut Jurutera Malaysia. Taklimat ini telah dihadiri oleh Jurutera dan Penolong Jurutera yang berminat untuk menjadi Jurutera Professional. Melalui taklimat tersebut, peserta telah didedahkan gambaran berkaitan Professional Engineer (P.Eng) dan Chartered Engineer (C.Eng) dan keperluan yang diperlukan untuk seseorang jurutera menjadi Jurutera Professional.  Taklimat tersebut juga menyentuh kaedah untuk menulis laporan teknikal dan laporan latihan dan pengalaman yang menjadi keperluan di dalam proses menjadi P.Eng melalui sesi interaktif antara penceramah dan peserta.

 

 YBhg. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan sedang menyampaikan taklimat 

Oleh: Tn. Ir. Hj. Ideris Hadzir

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | nm_nabilah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEaDA7~