Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPPA Meriah | DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
» NEWS » Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPPA Meriah

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PPPA Meriah

Oleh: Shahzatul Azila Ismail

Serdang, 19 Julai  2017 (Rabu) – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset tahun ini disambut meriah oleh warga PPPA yang bertujuan beramah mesra sesama staf selain menikmati pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan.

Majlis yang berlangsung di Foyer Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari ini sebelum itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan, Y.bhg Prof. Madya Ar.Meor Mohammad Fared Meor Razali.

Diantara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Fahmi Azar Mistar, Ketua Bahagian Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) dan Ketua Seksyen Kewangan Pembangunan Puan Norlian Ismail serta beberapa staf lain yang turut memeriahkan majlis.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan PPPA ini  telah menyajikan  lebih dari 10 jenis juadah enak seperti sate, lemang, rendang, ketupat, nasi dagang, spegeti, lontong, kek, kuih-muih dan juga cendol.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi berkaraoke oleh staf Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset.

Date of Input: 10/10/2017 | Updated: 10/10/2017 | nm_munirah

MEDIA SHARING

DEVELOPMENT OFFICE AND ASSET MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97698888
03-89426471
SXEZPAh~