Latar Belakang PPPA

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA) telah wujud lebih daripada 30 tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ia bermula dengan Bahagian Pembangunan, Jabatan Canselori pada tahun 1976 dan pada tahun 1996 Bahagian Pembangunan, Jabatan Canselori dan Bahagian Harta Benda, Jabatan Bendahari telah bergabung menjadi satu jabatan di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan diketuai oleh Timbalan Pendaftar.

Pada awal tahun 2006, jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) telah dimansuhkan dan ditukarkan jawatannya kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Dengan pertukaran jawatan tersebut, Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian. Setelah berlakunya pengstrukturan semula, seorang pengarah dilantik bagi menganggotai organisasi ini dan bertanggunjawab terus kepada Naib Canselor bermula pada 1 Mei 2006. Selaras dengan pengstrukturan tersebut, Pihak Pengurusan Universiti telah menaiktarafkan Bahagian Pembangunan kepada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset bagi memperkasakan lagi objektif organisasi.

Sejak penubuhan awal bahagian ini, terdapat 2 fungsi utama iaitu pentadbiran dan teknikal. Setelah pengstrukturan semula dilakukan, PPPA telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pengurusan Projek dan Bahagian Penyelenggaraan untuk memudahkan organisasi berjalan dengan lebih efisyen dan teratur.

Mulai Julai 2014, penstrukturan semula PPPA telah dilaksanakan kepada Sistem Zoning di mana PPPA terbahagi kepada lima (5) buah Zon, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan dan Seksyen Kontrak dan Ukur Bahan di bawah pentadbiran Naib Canselor UPM. 5 buah zon terdiri daripada Zon Akademik, Zon Teknologi, Zon Kediaman, Zon Perubatan dan Zon Pertanian. Kesemua zon dipertanggungjawab untuk menyelia aduan kerosakan serta meluluskan kerja-kerja teknikal mengikut senarai PTJ yang telah diwartakan kepada zon masing-masing.

Pada 1 Oktober 2015, berlaku penstrukturan semula pengurusan bagi Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset di mana pengurusannya diletakkan dibawah seliaan Pengarah Pembangunan baru.

Kini PPPA terus mengorak langkah selari dengan arus kemajuan dan pembangunan UPM bersesuaian dengan objektif dan tujuan penubuhannya.