Objektif

  1. Merancang dan menyediakan kemudahan fizikal dan infrastruktur termasuk pelan pengangkutan bagi memenuhi keperluan pembangunan UPM sebagai "University of the MSc" dengan sentiasa menekankan kos ekonomikal, jangka masa secepat mungkin, rupabentuk dan mutu yang terbaik.
  2. Merancang dan menyediakan rancangan pembangunan hartanah UPM agar dapat memenuhi keperluan masa depan Universiti.
  3. Menguruskan penyelenggaraan kemudahan fizikal dan infrastruktur UPM yang sedia ada supaya sentiasa dalam keadaan baik untuk memastikan operasi UPM tidak tergendala.
  4. Mengurus inventori hartanah dan menilai keperluan bangunan-bangunan baru dan mengurus rekabentuk, pembinaan dan kawalan kos perolehan yang berkesan.
  5. Menguatkuasakan fungsi kuasa tempatan kampus supaya pembangunan fizikal dapat dijalankan dengan teratur, selamat dan mengikut peraturan dan keperluan pemeliharaan alam sekitar. 
  6. Untuk menguruskan projek pembangunan dan pembiayaan bajet UPM.